Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Rabu, 15 Februari 2012

Perawat Sentuh Bahagian Sulit

kredit to : http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2012/01/perawat-sentuh-bahagian-sulit.html

PERSOALAN :
Subhanallah...ustaz, saya ingin bertanya...Saya sedang menjalani rawatan perubatan secara Islam dengan seorang ustaz.. Setelah ustaz bacakan ruqyah,,memang ada benda pada saya, kerana saya mula menggeletar dengan kuat..tapi saya tidak senang dan tertanya-tanya tentang cara rawatan ustaz tersebut...Ustaz menyentuh bahagian kemaluan saya, di bahagian tepi dan juga dada saya, kerana mendakwa benda tersebut ada di situ, kerana ketika beliau menekan di bahagian kiri kemaluan saya dan juga bahagian kiri dada saya,, badan saya makin kuat menggeletar...

Adakah ustaz tersebut hanya ingin mengambil kesempatan pada saya? Saya sangat tidak selesa dan marah bila ustaz tersebut menyentuh bahagian kemaluan dan buah dada saya tanpa alas.. bantu la saya ustaz..

PENJELASAN :
Boleh jadi ustaz itu mengambil kesempatan, tapi boleh jadi juga dia TIDAK TAHU ADAB-ADAB ketika merawat walaupun dia tahu merawat. Memang ada perawat yang menyangkakan sekiranya jin-jin dalam tubuh pesakit lari dan berselindung pada bahagian-bahagian sulit, kononnya dibenarkan untuk mereka menyerang dengan cara menyentuh dan memegang bahagian tersebut. Sebenarnya tak boleh.
Memanglah jin syaitan suka jika mereka dapat menjerumuskan manusia kepada dosa sekalipun kecil. Apabila mereka berjaya mengumpan perawat untuk menjamah bahagian-bahagian sulit, hal itu sudah berupa kemenangan buat mereka. Sebab itulah mereka gemar menyorok di bahagian-bahagian tersebut.
Sepatutnya perawat tidak boleh menjamah tempat-tempat itu. Bukankah boleh ‘disentuh’ secara tidak langsung melalui titik-titik refeleksi di kaki? Jika dia lebih berkemampuan, boleh sahaja dia ‘attack’ jin-jin itu dengan jurus dari jarak jauh. Mengapa mesti disentuh secara terus? Jika perawat itu tidak ada pengetahuan tentang refleksi dan rawatan dari jauh, sepatutnya dia mengalah, mengakui kemampuannya merawat hanya setakat itu, dan mencadangkan agar pesakit berikhtiar mencari perawat lain yang lebih mahir.
Saranan saya, anda dapatkan rawatan dari perawat yang lain. Pergi dengan mahram ataupun dengan kawan-kawan, jangan berseorangan. Semoga segala urusan anda dimudahkan oleh Allah SWT.

Abu Zulfiqar
21 Januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya