Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Jumaat, 28 Ogos 2009

Tanda-tanda Gangguan Jin

Kepada mereka yang mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Bekemungkinan anda telah terkena gangguan jin/makhluk halus.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA·

  1. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·
  2. Suara berubah ketika marah.·
  3. Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.·
  4. Berjalan terhoyong-hayang.·
  5. Cara makannya menjijikkan.·
  6. Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
  7. Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
  8. Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
  9. Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
  10. Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
  11. Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
  12. Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
  13. Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
  14. Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
  15. Selalu bermimpi.·
  16. Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapatiia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
  17. Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·
  18. Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
  19. Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·
  20. Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.·
  21. Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·
  22. Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
  23. Waswas·
  24. Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
  25. Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
  26. Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
  27. Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut. 
  28.  
  29. B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
  30. Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
  31. Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh·
  32. la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
  33. Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
  34. Kerap terjaga tidur di waktu malam/serta gelisah.
  35. Mimpi berjumpa/diserang dengan haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus·
  36. Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
  37. Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
  38. Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·
  39. Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
• Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
• Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
• Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
• Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja
atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
• Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
• Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
• Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,
mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
• Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
• Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
• Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin
terpikat dan jatuh cinta.
• Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
• Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan
seseorang yang hasad dengki.
• Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
• Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
• Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat
yang berkait dengan jin sehingga memakan diri/sanggup terima Jin Saka

    12 ulasan:

    1. Salam, sy pernah merasai sebahagiannya..macam mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi kubur..ular...selalu lenguh2... tapi ia tidaklah konsisten dan sy masih boleh baca Al-Qur'an... hmm, adakah itu semua yang sy rasa adalah gangguan jin dan syaitan?

      BalasPadam
      Balasan
      1. Untuk pengetahuan, gangguan pada setiap orang bertahap-tahap..ada yang kuat ada yang ringan. hanya sedar dan tidak sahaja.

        Padam
    2. kalau sebahagiannya ada tanda2 tu, kemungkinan ada kesan gangguan, dan mungkin gangguan tak tetap.

      BalasPadam
    3. ssalamualaikum...sy nk cerita mengenai masalah yg sy hadapi...sy diceraikan slpas 18 hari berkahwin...sblm bernikah, 3 bln sblm bernikah, suami byk merepek yg bukan2...tuduh sy melakukan yg bukan2....mcm2 yg die npk sdgkn semuanya tak pernah berlaku....pernah dia ingin memutuskan pertunangan seminggu sblm tarikh nikah, tp stlh berbincang, majlis dteruskn juga....hakikatnya, dia terlalu sygkn sy....tp semua ni tak dijangka....keluarganya pernah membawanya berubat di seremban, dan keadaannya npk ok sikit, tp slps nikah, pengakhirannya jad mcm ni...sy di ceraikan hanya dengan sbb yg kecil.....ttp, slpas sebulan kami brcerai, die masih menuduh sy melakukan zina, pelacur dan sbgainya....die mengatakan sy ni munafik....sy bingung...bingung dlm memikirkan apakah kesalahan yg telah sy lakukn sehingga die menuduh sy macam tu...dan dia terlalu cepat marah....mase dia marah, dia mcm lupa apa yg ada di sekelilingnya....disepak trajang apa saja barang yg ada dekat dengannya...sy meminta pndangan dr semua yg boleh memberikan pendapat dan nasihat.....sy masih sygkn bekas suami...terlalu syg.....tp sy sabar menunggu utk lihat dia berubah,.....tolonglah sy bagi yg mempunyai pandangan dan nasihat.....

      BalasPadam
      Balasan
      1. Boleh Cuba bagi tok tengok keadaan dia dulu...saya pun pernah Cuba minta tok ni tolong ...menjadi

        01125119803

        Padam
    4. assalamualaikum..seram bila baca tanda2 di atas. hampir 80% pernah berlaku pada saya.. bila hujan, selalu terdengar suara2 di sekeliling tapi bunyi macam mengaji.. bila hujan berhenti, bunyi tu akan hilang.. pernah juga nampak lembaga gelap, lembaga yang jernih macam wap panas.. kadang2 bila bersolat, sya terlupa ayat..silap rukun dan mudah terkejut2 oleh bunyi pintu dan sebagainya.. i'm scared..

      BalasPadam
      Balasan
      1. ye tanda gangguan tu. Kuatkan semangat. itu semua mainan jin / makhluk halus. usah di pedulikan

        Padam
    5. Asslamualaikum, saya hendak bertanya, semenjak akhir2 ini saya tidak lena ketika hendak tidur, saya di datangi lembaga yang memegang tangan sya, menarik saya, rasanya seperti dia hendak membawa saya ke satu tempat. kadang2 seolah2 hendak bermain2 dengan saya. apa yang perlu saya buat untuk menyelesaikan masalah ini?.. saya sudah mencuba untuk mainkan mp3 yasin ketika hendak tidur. bantuan anda amat saya hargai . TQ

      BalasPadam
      Balasan
      1. MP3 tidak menyelesaikan masalah. apa yang perlu di buat ialah bawa diri untuk berubat. kalau dah di bawaknya ke alam sana kan susah

        Padam
    6. Wsalam sekiranya puan tiada kesempatan masa untuk pergi berubat cuba ikhtiar ubatkan diri sendiri.

      Bagi orang yang mengalami gangguan setidak2nya ia harus meningkatkan amalan diri. Meningkat amalan diri ini adalah bertujuan supaya diri kita lebih dekat lagi dengan Allah Taala. Dekatnya diri kita dengan Allah membuatkan kita jauh dari sebarang gangguan.

      Surah Yassin seeloknya kita sendiri yang mengamalkannya. Seeloknya sebelum beramal mohon pada Allah dengan cara solat hajat..(berdoa)adukan dulu masalah kita pada Allah dan selepas itu barulah kita berikhtiar dengan ayat2 quran (yassin etc). amalan2 sunat seperti berwuduk sebelum tidor, berdoa sebelum tidor harus di lakukan bagi mereka yang ada mengalami masalah gangguan.

      BalasPadam
    7. Hampir 99% tanda itu ade pd sy..puas berubat kdg2 ok pastu jd blk..amalan perlu d terus walaupun sakit lg dekat sy pd allah

      BalasPadam
      Balasan
      1. InsyaAllah teruskan berubat..tu ikhtiar sebagai hamba Allah

        Padam

    Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.

    Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

    Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
    1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
    2 Al-Baqarah 1 1-5
    3 Al-Baqarah 1 102
    4 Al-Baqarah 2 163-164
    5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
    6 Al-Baqarah 3 285-286
    7 Ali-Imran 3 18-19
    8 Al-’Araf 8 54-56
    9 Al-’Araf 9 117-122
    10 Yunus 11 81-82
    11 Toha 16 69
    12 Al-Mukminun 18 115-118
    13 As-Soffaat 23 1-10
    14 Al-Ahqaaf 26 29-32
    15 Ar-Rahman 27 33-36
    16 Al-Hasyr 28 21-24
    17 Al-Jin 29 1-9
    18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
    19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
    20 An-Naas 30 Seluruhnya