Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Selasa, 28 Februari 2012

Cerita Ustaz Azhar, rakan bantu mangsa sihir

Aziz Muda, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.

Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Katanya, jika dilihat dari luaran memang tiada siapa yang menyangka lelaki tersebut tergamak menyihir jirannya itu kerana beliau sering mendirikan solat berjemaah di masjid, malah sering berada pada saf pertama di belakang imam.

"Tapi di luar pengetahuan orang ramai, pada dirinya terdapat perangai sebegitu buruk sehingga tergamak menzalimi jirannya sendiri sehingga sedemikian rupa," katanya pada satu majlis di sini.

Akibat perbuatan sihir itu, menurutnya, keliarga tersebut mengalami pelbagai kepayahan dalam hidup sehingga batuk berpanjangan dan tidak boleh masuk ke dalam rumah mereka sendiri.

"Bermacam-macam ikhtiar telah dilakukan oleh keluarga itu. Ketika tertentu ikhtiar mereka itu dapatlah mengurangkan sedikit penderitaan mereka, tapi jiran mereka itu pula sentiasa "update" sihirnya dengan bomoh Siam supaya keluarga itu terus menderita berpanjangan," jelasnya.

Disebabkan kebuntuan fikiran, tambah beliau, suatu hari ketua keluarga kepada keluarga itu datang menemuinya untuk mendapatkan bantuan daripada beliau bagi mengatasi masalah mereka.

"Pada hal saya bukan bomoh. Tak pasal-pasal saya pula yang kena bantunya. Terpaksalah saya ajak beberapa orang rakan untuk membantu saya untuk tolong selesaikan masalah mereka itu," ujarnya.

Antara langkah yang dilakukan oleh pendakwah tersebut untuk mengatasi masalah yang dialami oleh keluarga itu termasukah dengan mengajak rakan-rakannya berselawat di sekeliling rumah keluarga berkenaan sehingga mengelilingi rumah itu beberapa kali.

"Ketika itu terlihatlah beberapa lembaga hitam sebesar kerbau di sekeliling rumah itu. Saya yang berada di hadapan, memang takut juga, tapi terpaksa berpura-pura berani. Kalau saya yang cabut, yang lain pasti cabut sama," katanya merendah diri dengan disambut gelak ketawa orang ramai.

Untuk mengatasi sihir, beliau mengingatkan orang ramai supaya memperbanyakkan selawat kepada Nabi, manakala antara tanda orang yang terkena sihir termasuklah akan batuk berpanjangan jika seseorang itu berselawat.

Batuk tersebut, jelasnya, berlaku sebagai tindak balas makhluk halus yang berada di badan seseorang itu yang dijadikan alat bagi sihir yang dikenakan terhadapnya oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.


Beliau menegaskan, dalam Islam, sihir jelas haram hukumnya dan setiap umat Islam perlu mengelakkan diri dari terbabit dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

kredit  to : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8408-cerita-ustaz-azhar-bertarung-dengan-jin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya