Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Nak semak sama ada anda ada gangguan jin atau tidak

Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?

🔮 Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?

Semak tanda-tanda gangguan jin mengikut kategori

📋 Arahan

Tandakan semua tanda-tanda yang dialami mengikut kategori yang bersesuaian.

👤 Tanda-Tanda Individu (Diri Sendiri)

👨‍👩‍👧‍👦 Tanda-Tanda Keluarga

💑 Tanda-Tanda Pasangan

😴 Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur

Khamis, 3 Januari 2013

RITUAL HUBUNGAN SEKS TIGA SERANGKAI UNTUK PULIH DARA!


Janji ‘Tok Muda’, Hubungan Seks ‘Tiga Serangkai’ Untuk Pulih Dara | LEDANG : Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.
Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.
Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.
Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.

Rabu, 10 Oktober 2012

Angkara Sihir - Sihir Rumah tangga


 FIDA menjerit kepanasan sewaktu dirawat oleh Shamsuri di sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.


RUMAH tangga pasangan suami isteri, Shukri dan Fida begitu bahagia dalam tempoh 15 tahun lalu. Lebih-lebih lagi mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel.
Hidup mereka mungkin tidak mewah tetapi kasih sayang pasangan itu melimpah-ruah. Shukri, 43, bekerja sebagai pegawai berpangkat rendah di sektor kerajaan manakala Fida, 38, ialah seorang suri rumah.

Bagaimanapun, lima bulan lalu hubungan suami isteri ini terganggu.
Rutin harian di rumah pangsapuri mereka yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur hampir berubah seratus peratus. Jika dahulu Fida akan menguruskan anak-anak, kini tiga beradik itu terpaksa berdikari.

Jumaat, 28 September 2012

AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN

Dipetik dari blog : http://darul-azzikri.blogspot.com


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW. 

Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya.

Selasa, 25 September 2012

Menentang & Membatalkan Sihir

kredit to : blog http://ilmuperubatanislam.blogspot.com/

Menentang & Membatalkan Sihir
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

Sihir secara umumnya melibatkan 3 pihak, iaitu penyihir (tukang sihir), mangsa, dan jin. Sihir boleh terjadi dengan pelbagai cara, secara umumnya lebih banyak maksiat atau kesyirikkan yang ditawarkan kepada jin, maka lebih kuat kekuatan atau magnitud sihir tersebut.

Didalam Al-Qur'an terdapat beberapa ayat yang digunakan untuk menentang dan membatalkan sihir mengikut kesesuaian. Antara ayat yang terkenal dan terbukti berkesan menentang dan membatalkan sihir ialah seperti berikut (Surah Yunus ,81)


"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: ""Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya"". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan."









Khaifiat amalan.

Ayat diatas, bermula ayat Qola Musa ..... sehingga akhir ayat, diamal sebanyak 21x sehari selepas fardhu maghrib.. Keberkesanan amalan bergantung kepada keizinan Allah s.w.t dan berbeza mengikut seseorang.

Amalkan selama 7hari, 21hari, 40hari, atau 100hari atau 313 hari.

Mudah-mudahan terbatal ilmu sihir tersebut dek kerana keredhaan Allah s.w.t asbab membaca ayat ini.

Khamis, 9 Ogos 2012

Majalah Al-Islam: "Kekeliruan Masyarakat Dalam Rawatan Spiritual Islam"



 Untuk bacaa lebih jelas sila klik pada imej 
kredit to : http://primanara.blogspot.com/


Selasa, 3 Julai 2012

Doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini.

 Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;





Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Khamis, 26 April 2012

Jin Asyik 2

petikan dari halaman rakan muallij (perawat) 
http://www.facebook.com/pages/Halaman-Rakan-Mualij/156459947752646


GANGGUAN oleh Jin asyik/cinta ♥ merupakan yg terbanyak berbanding dgn Jin Saka dan Sihir. Berbeza dgn Jin Sihir memerlukan rawatan yg berulang kali sedangkan Jin Asyik ♥ dapat diselesaikan dgn 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar² bersungguh² dlm rawatan & merelakan dirinya utk dirawat.

Gangguan Jin Asyik ♥ seseorang itu bermula di peringkat kanak² atau remaja lagi. Apabila Jin yg tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana² tempat yg selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, Jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dlm tempoh yg lama.
✔ Melihat seperti mana kita melihat ikan laga dlm botol.
✔ Melihat seperti menonton hero/heroin filem Hindustan.

Dia (Jin)
✔ Mendengar pesakit menyanyi
✔ Memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian
✔ & sebagainya yg akhirnya menimbulkan bibit² cinta & sayang Jin berkenaan kpd pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dr mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yg nak meminang, Jin ini berusaha keras menggagalkannya dgn:
✔ Menghodohkan wajah pesakit
✔ Merosakkan kereta rombongan
✔ Mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan.

Jika semua gagal, Jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dgn pasangannya. Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang.

Jin Asyik ♥ ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

Jin Asyik ♥ juga boleh berasal dr Jin Saka mahupun Jin Sihir yg telah bertapak lama pd pesakit.

Selasa, 20 Mac 2012

Bolehkan Berkahwin dengan Bunian

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."

Hkum Memakai Susuk

Susuk adalah sesuatu perkara yang salah di sisi Islam. Kerana ia boleh membawa kita ke lembah kesyirikan ( menyekutukan Allah ).
 
Sebab apa? Kesimpulan mudahnya adalah, kita seolah – seolah meminta bantuan sesuatu yang lain dari Allah, dan menganggap ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Nazubillahi min dzalik. Sepatutnya, kita wajib meng-Esakan Allah, dan hanya Dialah selayak-layak tempat untuk kita memohon pertolongan.
  
Seterusnya kita berikhtiar ( berusaha ) untuk mendapatkannya. Selebihnya kita bertawakal ( berserah ) kepada Allah agar mengizinkan perkara tersebut berlaku. Dan apabila kita perlukan bantuan di dalam kesulitan dan inginkan sesuatu, seharusnya kita hanya memohon doa kepadaNya.


Selasa, 28 Februari 2012

Cerita Ustaz Azhar, rakan bantu mangsa sihir

Aziz Muda, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.

Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Katanya, jika dilihat dari luaran memang tiada siapa yang menyangka lelaki tersebut tergamak menyihir jirannya itu kerana beliau sering mendirikan solat berjemaah di masjid, malah sering berada pada saf pertama di belakang imam.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya