Dipetik dari blog : http://darul-azzikri.blogspot.com
Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung
meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk,
yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan
Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam
berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani
(melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya.
Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.
Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.
Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini,
katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun
perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka
akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia
tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat.
Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian,
tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan membuatkan
saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. Katanya dengan
menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih
jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri
dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan
dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia.
Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah
yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke
neraka kelak. Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at (gelaran Azan
kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu
usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani
hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali
berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan
dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih
mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai
384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi
di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”
“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani
yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau
dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh
‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan
tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih
mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari
benih-benih manusia” terang Azan lagi.
Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu
memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah
nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk
mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan
menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan
melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak
luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda
manusia ini?.
Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi
maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan
kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar
Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita?
Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas
bertentangan dengan syariat agama.
Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan
pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh
meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak
remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.
Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38)
“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang
padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan
balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang
mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.