Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Selasa, 29 Mac 2011

Jenis Sihir : Sihir Gagal Perkahwinan

8. Sihir gagal perkahwinan

Kesan sihir

Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir,tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan. Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa. Keadaan masa yang dimaksudkan adalah :

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.

b)Ketika mangsa kemarahan.

c)Ketika mangsa lupa.

d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:

1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.

2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).

Antara Kisah yang boleh di kongsikan
kredit to akrineseremban.blogspot.com

Upacara akad nikah antara Cik Yati dan pasangannya  berjalan lancar selepas asar. Malam itu suasana rumah Encik Yusri meriah dengan gurau senda, gelak tawa dan keriuhan kanak-kanak yang bermain.  Nampaknya semua seronok meraikan pengantin yang akan disandingkan pada hari berlangsungnya majlis walimatul urus keesokan harinya. Semua persiapan telah dibuat, hanya menunggu hari langsungnya sahaja.

Kemeriahan suasana malam itu tiba-tiba terganggu apabila pengantin perempuan tiba-tiba mengadu kepanasan, pening kepala dan sakit-sakit seluruh badan. Saudara Amin, bapa saudara pengantin perempuan cuba memberikan bantuan. Dia ni pun ada asas ilmu rawatan Islam dan selalu membantu sahabat saya Ustaz Rosdi dan para perawat di Bandar Tasik Puteri, Rawang dalam sesi rawatan setiap hujung minggu. Ruqyah mula dibaca dan secara tiba-tiba si pengantin terus lemah, tak bermaya. Saudara Amin seolah-olah tak mampu meneruskan bacaan ruqyah. Lidahnya terkunci dan fikirannya agak bercelaru. Mujurlah dia masih mampu mengulang-ulang Surah Al-Fatihah.

Keadaan semakin kelam-kabut apabila Puan Zah (kakak pengantin perempuan) tiba-tiba kerasukan. Suaranya mula berubah menjadi kasar dan garau (suara lelaki). Perlakuannya juga tiba-tiba menjadi agresif dan sukar dikawal apatah lagi untuk ditenangkan. Rupa-rupanya jin yang mengganggu pengantin telah berpindah kepada kakaknya. Mungkin sebab ada laluan masuk yang mudah. Wallahu ‘alam.

“Aku dah cakap, perempuan ni aku punya. Dah lama aku suka dia. Dah lama aku tunggu dia. Alih-alih, dia kahwin dengan orang lain. Memang aku marah, memang aku tak dapat terima. Serahkan dia pada aku semula. Kalau tidak, kau tengoklah apa aku nak buat nanti. Suami dia pun aku akan kerjakan juga. Kau tengoklah nanti.” Jin yang merasuk kak Zah membebel-bebel.


Dalam kepayahan, saudara Amin menelefon saya yang kebetulan memang tak merawat malam tu. Seronok rasanya sesekali dapat bersantai dan berehat-rehat. Rupa-rupanya Allah tak izinkan perawat buang masa dengan bersantai-santai. Dengan suara yang agak perlahan, saudara Amin minta saya datang membantu. Mujurlah rumah pengantin dengan rumah saya tak la jauh sangat. 10 minit kemudian saya tiba di rumah pengantin. Encik Yusri selaku tuan rumah mempersilakan saya masuk dan mengucapkan terima kasih sebab sudi datang membantu.

Kak Zah terus maracau-racau. ‘Dia’ minta pengantin perempuan ‘dilepaskan’ jadi hak dia barulah semua akan selesai. Banyak cantik muka ‘dia’, bisik hati saya. Bila saya tanya siapa ‘dia’ , datang dari mana, dan apa agamanya, dengan bangganya ‘dia’ memang dah lama nakkan pengantin perempuan tu dan mengaku tinggal tidak jauh dari rumah pengantin, malah ‘dia’ mendakwa ahli surau dan biasa berulang-alik ke surau. Kiranya, orang kuat beramal la jugak. Maklum la ‘orang’ surau…. 

Setelah usaha memujuk tidak  mendatangkan apa-apa kesan, saya terus membacakan beberapa potong ayat ruqyah dengan nada yang keras  dengan niat untuk membakar  jin yang merasuk tu.  Kak Zah menutup kedua-dua belah telinganya seolah-olah enggan mendengar  bacaan ayat-ayat Allah. Akhirnya dia rebah dan terus menutup kedua-dua telinganya.  Jin tu nampaknya semakin menggelupur kepanasan.

“Kamu nak keluar ke tidak ni?
“Tak naaaaaaakkk….!
“Tak nak ye….aku akan terus ‘bakar’ kamu dengan ayat-ayat Allah…!”
“ Tak naaaakkkkk…. Aku tak nak keluar!”

            ‘Dos tambahan’ dibuat terhadap ayat-ayat pembakar dan akhirnya jin itu mengalah dan bersedia untuk keluar. Saya arahkan dia keluar melalui mulut. Akhirnya kak Zah muntah dan tak semena-mena dia tersedar daripada kerasukan. Dia terpinga-pinga dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Alhamdulillah…..segala-galanya telah selesai dengan izin Allah. “Dan katakanlah….apabila datang kebenaran, akan lenyaplah kebatilan kerana kebatilan itu sesuatu yang pasti akan lenyap." Al-Israk:81. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya