Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Jumaat, 5 Mac 2010

SIHIR PEMISAH ATAU PEMBENCI SUAMI ISTERI

Pengenalan


SIHIR PEMISAH ATAU PEMBENCI SUAMI ISTERI

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan.

Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.

Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara teman, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. 

Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku.

Nama ibu perlu disebut jelas kerana tidak mahu sihir yang ditujukan kepada individu tertentu itu tersalah sasaran. 

Nama bapa tersebut tidak semestinya membuktikan bahawa orang berkenaan benar-benar anak kepada nama lelaki (bapa) yang disebut tadi, mungkin dia hanya anak angkat. 

Sebutan nama disertakan dengan nama ibu adalah lebih tepat atau pasti kerana orang yang berkenaan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan lahir daripada perut ibu.

Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.

Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Suami akan melihat isterinya dengan pandangan yang menyakitkan hati lagi hodoh. Biarpun isterinya cantik.


Punca 

Dalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.

Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. 

Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Simptom
 

Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. ( seperti melihat muka pucat seperti mayat / seperti terpandang wajah tengkorak / binatang / nenek tua dll) Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.


Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);





“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

22 ulasan:

  1. macam mana cara nak pulihkan jika salah satu tanda-tanda ada maksud saya cara pengubatannya atau ada apa-apa ayat al-quran yang boleh diamalkan

    terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk memulihkan harus bertemu dengan perawat untuk dapatkan rawatan..boleh amalkan ayat di atas tu lepas solat 7 kali baca. dan jgn lupa doa.

      Padam
    2. SEMUA ITU BERLAKU KEPADA SY SEKRANG.THEN ADA ORG MELIHAT SY PUN DIA CAKAP SPT ITU.KAMI DAH XSEHAUAN...APA HARUS SY BUAT

      Padam
    3. kalau ada keinginan untk berubat silalah mencari perawat

      Padam
  2. ADAKAH SIHIR INI AKAN MENYEBABKAN KEDUA-DUA PIHAK MERASA BENCI PADA SATU SAMA LAIN ATAU SEBELAH PIHAK JE?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kadang2 ia akan menyebabkan 2-2 pihak merasa benci..dan yg paling ketara dalam hati akan berkata2 ..." kenapa aku jadi macam ni..."

      Padam
  3. Saya menghadapi masalah yg serupa iaitu suami secara tiba2 ingin melepaskan saya atas sebab2 yang tidak masuk akal. Kami telah bernikah selama 10 tahun dan dikurniakan seorang anak yg kini berusia 5 tahun. Yang saya perhatikan paling jelas sekali ialah, mata suami saya sudah tidak lagi bersinar dan bila berhadapan dgn saya, dia akan tunduk ke bawah (tiada eye-contact), seolah2 takut melihat wajah saya. Saya pernah jumpa serpihan2 ketulan seperti arang/kemenya/tulang di dalam rumah saya setelah saya membacakan ayat kursi dan selawat ke atas Nabi junjungan kita. Adakah dgn hilangnya sinar pada mata dan tiada eye-contact semasa ditanya (saya mengakui, saya ada berzikir dlm hati semasa bertanya soalan padanya), salah satu simtom terkena sihir ini? Suami saya dah diibaratkan seperti zombie dan memutuskan hubungan dgn semua rakan2 nya dan hanya duduk mengelamun bila di rumah.

    BalasPadam
  4. Saya sedang mengalami seperti yg dijelasin di atas, saya benci melihat suami saya. Kami baru menikah 1 minggu tapi tidak ada rasa kebahagian yg saya rasakan tp sebaliknya jika melihat wajah suami saya, saya merasa benci dan saya selalu bilang kepada suami saya untuk bercerai
    Bagaimana cara mengatasinya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mbak, perlu di halusi lagi masalah mbak ini. kemungkinan masalah jiwa sahaja yang tidak nyaman. kalau suami ada membuat kesilapan maaf kan sahaja mbak..hidup bersuami isteri seharusnya muafakat.

      Padam
  5. Saya adalah seorang pengamal perubatan islam menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan gangguan jin seperti saka, sihir, sakit mental dll. Pernah merawat penuntut Malaysia diluar negara yang kena sihir pendarahan selama 2 tahun. Jika saudara /saudari masih lagi bermasalah boleh lah berhubung dengan saya melalui emel
    md.ariffin_darus@yahoo.com.my atau watsapp 012-3779564

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf,saya xtau bagi salam macamana sebab sya bukan islam.. Saya cuma mengatakan bahawa saya mengalami situasi seperti ini. Istri x habis2 benci dgn sy dan dia cuma pandang mata sy bila dlm tpaksa shj.. Istri sy di dapati curang tapi hairan knp dia pula benci saya dan slalu melafazkan kata cerai dgn saya.. Sehingga hari ini sudah mencecah 6 bulan masalah ini. Saya mohon sgt bantuan knp yg sudih dn ikhlas.. Kami ada 4 anak 10thn ke bawah.. Saya dari kota kinabalu sabah..

      Padam
    2. KELV SXT, isteri kamu itu mengalami rasa bersalah yang mendalam di sebabkan kecurangan. Kena bawa pergi kaunseling. pada pendapat saya tiada masalah gangguan jin

      Padam
  6. Saya mempunyai masalah yg sgt berat..ank saya yg sulong dijaga oleh ibu mertua 11 thun yg lalu sehingga kini..ibu mertua saya janji nk serahkan ank saya sewaktu ank saya berumur 1 thun lg.tp alasan2 demi alasan sehingga umur ank saya skrg dh 11 thun.sayadan suami dh berusaha utk ambik ank saya dr umur dia setahun lg.tp xberjaya!!ank saya seolah xknal saya ni ibu dan dia jg xknl suami saya sbgai bapa..dia bleh pnggil kami berdua dgn pnggilan abg dan kakak.hati siapa yg x hancur.mse berganti mse..tp dia (ank saya ) ttp xnk mengakui yg kami ni ibubapa dia.dr ibu mertua dan keluarga mertua mereka ckp dh ajar dh bgtw kpd ank saya yg saya ni ibu nya.tp yg saya lihat ank saya ni mcm x di ajar.ibu mertua saya di pnggil ibu walhal dia nenek kpd ank saya.bapa mertua saya seorng imam di kampung tp mcm xtw dosa pahala..sbb membenarkan ape yg salah!!dia jg takut dgn ibu mertua saya..segala arahan ibu mertua diikuti.dia x brani melawan..saya trpikor mcmne dia bleh jd imam sdng kan di hati dia pnuh keraguan,tidak tau perkara2 berdosa..pernah saya berjumpa seorng ustaz,ustaz tu ckp yg ibu mertua saya gunakn sihir supaya ank saya lupakn saya dan bapanya..saya tidak berpuas hati dgn kenyataan trsebut,saya jumpa seorang kawan yg mempunyai pakcik yg berubat mnggunakn ayat2 alquran.dia jg mengatakn perkara yg sama.so skrg saya nk buat ape utk putuskan sihir pembenci ank saya trhadap saya dan suami.dlm mse 11 thun saya bergaduh dgn suami atas sbb yg serupa..sekian

    BalasPadam
  7. mcm saya dah bertunang..tunang saya dah benci denga saya secara tiba2x dan ingin putuskn hubungan secara tiba2 dalam sehari sahaja dia berubah...saya dengan dia telah berpisah .dia akan berkahwin dengan pilihan orang tua dia..yg mmbuatkn saya sakit hati dan tak terima kenyataa..sedangkn lelaki dia kahwin tu belum pernah bersemuka dengannya..sedangkan saya dengan dia suda 3 tahun bersama ..manis bersama......jika saya bole tahu..jika betul tunang saya terkena sihir pemisah ..dan jika betul...sihir ini akan tahan ke atau tak bertahan lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum wbth.
      Hati mmg boleh berubah, jangan kata tunang, orang yang dah berkahwin tidur sebantal pon boleh berpisah. Cadangan saya satu sahaja..sekiranya tuan betul mencintai bekas tunang, lepaskan lah dia, doakan semoga dia mendapat kebahgian. insyaAllah jodoh tuan ada di luar sana, malah akan di temukan oleh Allah dengan yang lebih baik.

      Berkenaan dengan sama ada itu adalah gangguan, mmg sihir boleh memutuskan hubungan seseorang dengan seseorang cuma untuk melatakkan ia satu point kebenaran itu amat mustahil melainkan tuan punya diri ingin berubat.

      wallahuaklam

      Padam
  8. saya di minta menyimpan sehelai baju,apekah yang di maksudkan dengan "salin baju"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati-hati dengan perkara yang memudarat pada masa akan datang. Kemungkinan itu adalah persalinan yang membawa erti mewarisi..wallahuaklam

      Padam
  9. salam..nak tanya.kenapa bapa mertua saya benci sangat dgn sya.dan dia mengatakan yg saya ada buat hubungan dgn mak mertua sya.apakah ini termasuk dlm terkena sihir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. sdr kena jujur dengan diri sdra sendiri. hanya sdr sahaja yang tahu sama ada sdr ada hubungan dengan ibumertua atau tidak..kalau tiada tidak perlu dirisaukan..hanya perlu baiki hubungan..misal kata berlarutan jarakkan hubungan yang boleh memudaratkan.

      Padam
  10. saya ada masalah dengan anak saudara yang saya jaga dari kecil. Sekarang ni dia jauhkan diri dan tidak suka pulang dan tidur di rumah. Asyik tirdur di rumah kawannya tetapi tetap chat dengan saya seperti biasa. adakah terkena sihir ataupun gangguan emosi nya sahaja

    BalasPadam

Untuk sebarang IKLAN DI LARANG sama sekali. Ruang komen akan di jawab sekiranya ada masa terluang. Untuk balasan yang pantas sila email.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya