Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Nak semak sama ada anda ada gangguan jin atau tidak

Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?

🔮 Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?

Semak tanda-tanda gangguan jin mengikut kategori

📋 Arahan

Tandakan semua tanda-tanda yang dialami mengikut kategori yang bersesuaian.

👤 Tanda-Tanda Individu (Diri Sendiri)

👨‍👩‍👧‍👦 Tanda-Tanda Keluarga

💑 Tanda-Tanda Pasangan

😴 Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur

Jumaat, 15 Julai 2022

17 Tanda-Tanda Gangguan Jin

 Simptom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan simptom adalah seperti berikut:




  1. Sakit Anggota Badan
    a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkuk, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lenguh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang-kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.

    b. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.

    c. Sakit di bahagian kepala, bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.

    d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.

  2. Gangguan Emosi
    Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan “mood swing”. Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

  3. Gangguan Pemikiran
    a) Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian.
    b) Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. c) Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman.Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Qur’an atau berzikir.

  4. Perasaan Cepat Marah Tanpa Sebab Yang Jelas
    Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini dirasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

  5. Pesakit Rasa Putus Asa Untuk Hidup
    Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam “depression”. Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

  6. Takut
    Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

  7. Gangguan Tidur
    Tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam.

  8. Gangguan Ketika Beribadah
    Iaitu ketika solat, membaca Al-Qur’an atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Qur’an yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Qur’an dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Qur’an, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

  9. Suka Bersendirian
    Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

  10. Suara Misteri
    Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

  11. Perkara Ganjil
    Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya.

  12. Bau
    Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

  13. Pesakit Dirasuk
    Di sini jin atau syaitan, iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya dan apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya.

  14. Reaksi luarbiasa
    Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

  15. Gangguan nafsu
    Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

  16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis
    Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

  17. Penderitaan dan halangan
    Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.
Syumber dari 17 Tanda-Tanda Gangguan Jin – IKHTIAR SYIFA

Selasa, 21 Julai 2020

Kelebihan Garam dalam perubatan gangguan makhluk halus



SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam" Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya.

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam . Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ” Hadis riwayat Al – Bazzar.

Dalam Perubatan Islam garam digunakan untuk menuteralkan sistem gelombang badan. Garam ini digunakan sebagai mandian bilasan yang terakhir.

Gelombang yang terdapat pada garam ini dapat menolak gelombang atau unsur-unsur negatif yang di bawa oleh makhluk halus seperti gangguan jin, ketegur, sihir dll.

Jika di lihat makhluk halus ini adalah makhluk yang membawa gelombang yang berunsur negatif, bila ditempelkan pada tubuh manusia maka sistem gelombang manusia akan mengalami kecelaruan.

Kecelaruan inilah yang di istilah sebagai gangguan.

Ada yang mengalami masalah gatal-gatal badan apabila berjalan di waktu senja, ada juga yang sangat sensitif apa bila melintasi kubur, tokong atau kuil.

Ada pesakit yang datang kepada saya mengalami gatal-gatal di badan, puas makan ubat alergic, sudah bersihkan badan (mandi) tapi tidak juga hilang. Tetapi apabila dibekal dengan mandian garam esok sudah pulih dan tiada lagi gatal-gatal di badan.

Pembaca perlu tahu, tidak semua gatal-gatal badan dapat dihilangkan dengan mandian , dan tidak semua gatal-gatal di badan itu adalah sisebabkan gangguan jin. Hati- hati dalam membuat andaian.

Manfaat garam ini ada meneutralkan sistem gelombang badan. Ada yang merasa letih boleh mandi garam. Begitu juga untuk meningkatkan aura yang positif di badan. Boleh ikhtiar dengan mandi garam. 

Sukatannya :

Segenggam penuh dengan sebaldi air.
Dikacau sehingga larut.
Dibacakan doa menghindari gangguan.
InsyaAllah

Pengamalan Pengamal Perubatan Islam juga menggunakan garam kasar sebagai medium untuk membersihkan atau memagar rumah (pagar ghaib). Garam yang telah diruqyah akan ditabur atau direjam di dalam dan di luar rumah.

Sekiranya pembaca ingin dapatkan garam mandian dari kami yang sudah didoakan boleh whatsapp ke nombor ini 0168811431


InsyaAllah, semoga Allah memberkati usaha dan ikhtiar pembaca.

Sekiranya mengalami masalah di bawah boleh cuba ikhtiar dengan mandian garam

1- Bisa-bisa badan
2- Gatal-gatal badan tanpa tau punca ( gatal yang sangat2 dan waktu-waktu tertentu)
3- Terasa diri di ganggu makhluk halus
4- Membuang gelombang negatif di tubuh
5- Untuk mengembalikan sistem badan yang positif
6- Meringankan badan. (menghilangkan letih)

Sekian




Rabu, 13 September 2017

Kelebihan Adzan pada rawatan


Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 582

Rabu, 30 Ogos 2017

Soalan dari Email

Email 1

saya selalu terkena gangguan...masa saya mula kena saya berumur 16 tahun..dan sebulan sekali saya mesti akan terkena..kalau orang meninggal saya tidak boleh menziarah...jika saya menziarah saya akan pengsan dan menjerit selepas pengsan...ketika kejadian itu terjadi kepada saya, saya berasa saya dalam keadaan gelap..ibu bapa saya telah membawa saya pergi ke pusat rawatan islam...selang dua bulan selepas itu benda yang sama berulang kepada saya...

Jawapan
Assalam pada yang bertanya semoga berada dalam rahmat Allah.
Untuk masalah saudari ni, pada saya saudari perlu membuat rawata yang berterusan. tidak boleh membuat rawatan apabila sakit sahaja. kita orang melayu kadang2 terdedah dengan masalah saka.

Sebaiknya hendaklah membuat rawata secara berskala / berjadual

wallahuaklam


Kebanyakan yang bertanya email tidak sah

Assalamualaikum

kepada yang bertanya sila pastikan email yang anda gunakan adalah email yang sah, mudah untuk kami membuat balasan / maklum balas email anda.

sekian
Admin

Rabu, 27 Julai 2016

Cara Mengesan Gangguan dalam rumah

InsyaAllah akan di tulis....

Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak

Assalamualaikum

Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain, seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tengah malam (bayi), kerap tersadung / jatuh, ketakutan anak yang sangat luar biasa, selalu menceritakan ternampak kelibat dan lain-lain yang anda rasakan satu kelainan.

Saya kongsikan cara mengesan gangguan pada anak-anak
1- Biar anak tidur dahulu
2- Siap-siapkan diri anda untuk membuat rawatan
  • Mandi bersih
  • Ambil wudu
  • Solat sunat
  • Berzikir

Khamis, 27 November 2014

PENIPUAN BOMOH

WARTA PERDANA
Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terpaksa membiarkan tubuh gebunya dijilat secara rakus oleh seorang dukun bagi membuang enam susuk yang ditanam di beberapa bahagian tubuhnya.
Pelajar tersebut yang berusia 23 tahun berkata, dukun yang berusia lewat 50-an itu memberitahunya semua susuk di tubuhnya itu cuma boleh dibuang secara rawatan mulut.

Disebabkan tidak faham maksud ‘rawatan mulut’, dia membenarkan dukun itu melakukannya asalkan penderitaannya selama setahun itu berakhir.

Jumaat, 7 November 2014

Info : Rawatan


gambar hiasan



Assalamualaikum

Sekiranya sakit gangguan anda berulang2, sila pastikan anda sudah melakukan ini semasa proses rawatan

1- Pasangan anda juga perlu di rawat.
Ini kerana sesetengah pesakit yang di rawat di dapati tidak menemui kesembuhan di sebabkan tapak gangguan itu bukan berada pada pesakit tetapi berada pada pasangan. jadi haruslah pasangan anda itu di rawat bersama.

2- Berserah diri pada Allah yang Menyembuhkan 
Berserah dirilah pada Allah yang Maha menyembuhkan bukan pada sesiapa. Selepas ikhtiar merawat serahkan segalanya pada Yang Maha Menyembuhkan. Jangan menunggu bila akan di sembuhkan tetepi letakkan azam di dalam diri hanya menunggu-nunggu waktu untuk beribadah. InsyaALlah dengan belas kasihan Allah..akan di angkat segala yang kesulitan.

Khamis, 3 Januari 2013

RITUAL HUBUNGAN SEKS TIGA SERANGKAI UNTUK PULIH DARA!


Janji ‘Tok Muda’, Hubungan Seks ‘Tiga Serangkai’ Untuk Pulih Dara | LEDANG : Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.
Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.
Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.
Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya