ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:
- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.
- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.
-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.
rujukan dari http://www.urutbatinrawatsihir.com/2009/07/sihir-dan-gangguan-jin.html
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mukadimah
Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.
Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Nak semak sama ada anda ada gangguan jin atau tidak
Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?
!doctype>
🔮 Nak Tahu Anda Ada Gangguan Jin atau tidak?
Semak tanda-tanda gangguan jin mengikut kategori
📋 Arahan
Tandakan semua tanda-tanda yang dialami mengikut kategori yang bersesuaian.
👤 Tanda-Tanda Individu (Diri Sendiri)
👨👩👧👦 Tanda-Tanda Keluarga
💑 Tanda-Tanda Pasangan
😴 Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur
📊 Analisis Gangguan Jin
Isnin, 28 Februari 2011
Kesan Sihir
Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-
a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuhg. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
g. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
h. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
i. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
j. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
k. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
l. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
m. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
n. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.
Punca-Punca Gangguan
Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah;
1.Jin mencintai manusia
Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.
2. Manusia menyakiti jin
Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.
3. Jin sengaja menzalimi manusia
Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;·
Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.·
Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.·
Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.·
Ketika lalai dari mengingati Allah
4. Mensyirikan Allah.
5. Melakukan pelbagai maksiat.
6. Diganggu sihir
7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid
8. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
9. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabi telah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )
10. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
11. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.
12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudahdilahirkan.
Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).
Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini.

Jumaat, 5 Mac 2010
SIHIR PEMISAH ATAU PEMBENCI SUAMI ISTERI
Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.
Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan.
Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.
Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara teman, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya.
Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku.
Nama ibu perlu disebut jelas kerana tidak mahu sihir yang ditujukan kepada individu tertentu itu tersalah sasaran.
Nama bapa tersebut tidak semestinya membuktikan bahawa orang berkenaan benar-benar anak kepada nama lelaki (bapa) yang disebut tadi, mungkin dia hanya anak angkat.
Sebutan nama disertakan dengan nama ibu adalah lebih tepat atau pasti kerana orang yang berkenaan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan lahir daripada perut ibu.
Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.
Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Suami akan melihat isterinya dengan pandangan yang menyakitkan hati lagi hodoh. Biarpun isterinya cantik.
Punca
Dalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.
Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya.
Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.
Simptom
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.
2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.
4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. ( seperti melihat muka pucat seperti mayat / seperti terpandang wajah tengkorak / binatang / nenek tua dll) Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.
7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.
Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Khamis, 24 Disember 2009
Gangguan Pada Bayi
Kerap kali kita lihat anak-anak kecil atau bayi yang kerap menangis malam tanpa sebab. Susu sudah..tukar lampin sudah..perut ok, tak kembung..tapi masih menagis.
Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..
Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.
Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.
Kaedah :
Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wudu pada bayi) atau..
Ambil semangkuk air campur 3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 dan Selawat 11 kali kali..dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi. baca dalam keadaan tenang.
InsyaAllah mudah-mudahan manfaat
Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..
- ada kah matanya melilau melihat sekeliling
- menangis yang tiada air mata,
- menangis seolah seperti di cubit,
- menangis dalam keadaan takut,
- tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
- Tidor di selang seli dengan tangisan
- Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.
Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.
Kaedah :
Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
- Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
- Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wudu pada bayi) atau..
Ambil semangkuk air campur 3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 dan Selawat 11 kali kali..dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi. baca dalam keadaan tenang.
InsyaAllah mudah-mudahan manfaat
Rabu, 28 Oktober 2009
Sakit yang berpanjangan
Sakit yang berpanjangan tetapi doktor mengatakan tiada sakit atau tidak tahu punca.
Kebiasaan pada orang lelaki di bahagian pinggang, terdapat juga migrain yang teramat teruk.
Sakit di salah satu anggota badan, dan sakit tersebut berpindah randah ke satu tempat ke tempat yang lain. Contoh pada awalnya sakit dibahagian tengkuk, esok sakit di bahagian pinggang esok sakit kepala..sakit ini akan berlanjutan dari masa ke semasa.
Sakit yang berpanjangna ini juga boleh melibatkan kerosakan organ dalaman. Apa pon seeoloknya dapatkan rawatan doktor dahulu.

Timbul perasaan benci pada pasangan tanda sihir
Timbul Perasaan Benci apa bila pulang ke rumah tapi apabila berada di luar terasa macam nak balik rumah.
Timbul perasaan Benci apa bila melihat wajah suami/isteri/anak-anak juga di kategorikan sebagai sihir pemisah.
Bagaimana ia terjadi ?
1. Anda bekas pesakit sihir
2. Anda pernah di cuba-cuba untuk sihir
3. Anda seorang yang lemah semangat
4. Anda seorang yang mudah bersangka buruk
5. Perasaan dendam
6. Penyakir Ain
dll
Berhati-hatilah
Kerap berselisih faham suami isteri
Kerap berselisih faham suami isteri terutama hal-hal yang remeh temeh. Sehinggakan apa yang di jawab oleh isteri, suami merasakan ianya satu jawapan yang menyakitkan hati. Terkadang merasakan jawapan yang di lemparkan semacam menengking. Padahal ianya adalah manipulasi dari jin berkenaan.
Di kategorikan juga sebagai sihir pemisah atau terdapat gangguan jin asyik (jin yang suka pada manusia).
Ada sesetengah kes, berpunca dari saka..sama ada saka dari isteri atau suami. Ada sesetengah kes juga..berlaku pergaduhan antara saka isteri dengan saka suami..mangsanya adalah suami isteri itu sendiri (tuan punya badan).

PETUNJUK TERKENA SIHIR
PETUNJUK TERKENA SIHIR
Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:·
- Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak dirinya sendiri.·
- Melalui peroses rawatan, di dapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali·
- Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikan kepadanya minuman berjampi.·
- Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda gangguan jin dan syaitan seperti mana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.·
- Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yangtertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.
- Tidak suka pada bau-bauan wangi terutama Minyak Attar Kasturi.
- Merasakan air jampi yang di doakan dengan ayat2 quran seperti air longkang yang berbau busuk
Rabu, 2 September 2009
Jin Asyik
Jin asyik adalah kategori jin yang menjadikan manusia sebagai kekasihnya. Jika jin bunian maka pesakit selalunya suka bersendirian dan jika pada tahap parah boleh membawa gila. Jika jin pocong, polong atau seangkatan dengannya pesakit mempunyai kesan-kesan lebam terutama di bahagian kaki kerana kesan dihisap darah oleh jin berkenaan.
Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.
Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.
Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda yang telajak membujang.
Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.
Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu "bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.
Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan. Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.
Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali. Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin asyik tegar.
Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.
Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.
WALLAHu a'lam.
petikan dari http://akrine.blogspot.com/2009/06/jin-asyik-pengkelasan-rawatan.html

Langgan:
Catatan (Atom)
Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya