Mukadimah

Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Tujuan blog ini juga adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat. Segala salah dan silap saya dahulukan dengan mohon kemaafan. Semoga Manfaat

Isnin, 28 Februari 2011

ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:

ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:

- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.

- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.

-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.

rujukan dari http://www.urutbatinrawatsihir.com/2009/07/sihir-dan-gangguan-jin.html

Kesan Sihir

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuhg. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
g. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
h. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
i. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
j. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
k. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
l. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
m. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
n. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Punca-Punca Gangguan

Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah;
1.Jin mencintai manusia
Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.
2. Manusia menyakiti jin
Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.
3. Jin sengaja menzalimi manusia
Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;·
Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.·
Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.·
Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.·
Ketika lalai dari mengingati Allah
4. Mensyirikan Allah.
5. Melakukan pelbagai maksiat.
6. Diganggu sihir
7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid
8. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
9. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabi telah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )
10. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
11. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.
12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudahdilahirkan.
Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini.

Asas Ayat-Ayat Ruqyah / Jampi

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya